JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim gembira dengan kemenangan ke atas Pahang di tempat sendiri pada saingan separuh akhir kedua malam kelmarin dan mengucapkan tahniah kepada pemain kerana mempamer aksi kemas untuk menempah tiket ke final Piala FA, 11 Jun depan.
Kelu dan terharu dengan kesungguhan anak buahnya, Irfan berkata, kejayaan itu adalah hasil kegigihan semua pemain yang sentiasa bekerja keras dan berusaha mencari kemenangan untuk memastikan Pahang tersungkur di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Apabila gol pertama diperoleh pada minit ke-36 melalui sepakan oleh Abdul Hadi Yahya, Irfan tetap menyuntik kata-kata semangat kepada pemain untuk menambahkan jaringan dan berhasil pada minit ke-85 menerusi pemain gantian, Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin.
“Tetapi kemenangan ini juga adalah hasil sokongan padu penyokong setia yang membakar semangat juang pemain untuk memastikan Terengganu dapat menepis asakan Pahang dan mara ke perlawanan akhir,” katanya, semalam.
Buat seketika, Irfan mahu melupakan pertemuan dengan Kelantan 11 Jun depan kerana mahu memberi tumpuan kepada saingan Liga Super termasuk tugasan terdekat melayani kunjungan Negeri Sembilan Ahad ini, diikuti Pahang, Kedah, Kelantan dan T-Team.
“Jika setiap perlawanan dapat dimanfaatkan dengan mata penuh, peluang untuk memintas pendahulu Selangor dan pasukan tangga kedua, Kelantan adalah cerah,” katanya.
“Saya sedar pemain masih keletihan kerana jadual perlawanan yang agak padat tetapi kami akan cuba mempamer aksi terbaik agar dapat menjuarai Liga Super musim ini. Begitupun, saya belum menetapkan kesebelasan utama kerana dilanda beberapa masalah kecederaan yang pastinya mengambil masa untuk pulih.”

No comments:
Post a Comment