BARISAN pemain PKNS FC yang muncul juara Liga Premier musim ini. |
KELAB dari Selangor, PKNS FC sah bergelar juara Liga Premier musim ini setelah berjaya menewaskan Johor 2-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi.
Biarpun masih berbaki tiga perlawanan, PKNS FC tidak mampu lagi dipintas pasukan di tangga kedua, Sarawak dengan mengumpul 51 mata hasil 16 menang, tiga seri dan masih belum tewas.
Dengan kejuaraan sulung itu selepas lapan musim mereka beraksi di Liga Premier, PKNS FC kendalian jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim akan mencipta sejarah beraksi pada saingan Liga Super 2012.
Pada aksi malam tadi, PKNS FC yang turun dengan hanya memerlukan satu mata untuk sah bergelar juara terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Namun bersambung babak kedua, PKNS FC berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-59 menerusi tandukan Ahmad Tharmini Saiban hasil sepakan percuma kapten, Fadhil Hashim.
PKNS FC semakin kukuh apabila memperoleh gol kedua pada minit ke-73 mene- rusi sepakan voli menarik Azrif Nasrulhaq Badrul yang gagal diselamatkan penjaga gol Johor, Syamim Othman.
Pada perlawanan lain, Sarawak turut mencipta kemenangan selepas menewaskan PDRM 3-0.
MP Muar pula seri 2-2 dengan Pos Ma- laysia, manakala SDM Navy menewaskan Sime Darby 2-1.
ATM terus menghukum Pulau Pinang selepas mencatat kemenangan 1-0, manakala USM FC mengecewakan Harimau Muda B 1-0.
No comments:
Post a Comment