PEMAIN Terengganu, Abdul Hadi Yahya (kanan) mengasak penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizol Anuar Ali, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. |
Kelantan gagal pertahan persada liga selepas tewas kepada T-Team
TERENGGANU berpesta gol di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi untuk mengambil alih kedudukan tangga teratas Liga Super selepas membelasah pasukan tetangga, Pahang 5-0 malam tadi tatkala Kelantan dikejutkan T-Team.
Turun dengan matlamat mengatasi kelebihan jaringan pendahulu sebelumnya - Kelantan - Terengganu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi Ashaari Samsuddin sebelum Abd hadi Yahya mencatat hatrik pada minit ke-20, 53, 56 dan Manaf Mamat (m-71) melengkapkan kemenangan barisan Irfan Bakti Abu Salim.
Safiq Rahim merapatkan jurang untuk barisan K Devan (m-65) menerusi sepakan percuma tetapi gagal mencari gol kebangkitan yang sekali gus meletakkan Selangor kekal di tangga ketiga liga.
No comments:
Post a Comment