TERENGGANU yang bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan malam esok, mahu meneruskan rentak kecemerlangan seperti ketika menumpaskan Pahang dalam saingan separuh akhir Piala FA Isnin lalu.
Mereka yang kini menduduki tangga ketiga di belakang Selangor dengan 41 mata, tampak berkeyakinan untuk mencipta satu lagi kemenangan ketika saingan Liga Super hanya berbaki enam perlawanan.
“Kami akan bertemu Negeri Sembilan (esok) dan mereka juga nampaknya mahu meneruskan kemenangan. Pada saya, perlawanan akan sengit biarpun di laman sendiri.
“Begitupun, kami akan cuba mendapatkan tiga mata penuh untuk mencerahkan peluang ke tangga teratas liga,” ” kata jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim sejurus tamat permainan menentang Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, kelmarin.
Mengulas mengenai kemenangan tipis 2-1 ke atas anak didik Ong Kim Swee itu, dia menyifatkan lawannya sebagai yang paling sengit pernah ‘dirasai’ anak buahnya memandangkan sepanjang perlawanan berlangsung, pemain Harimau A tidak langsung menunjukkan tanda-tanda keletihan dan sering melakukan serangan balas.
No comments:
Post a Comment