JOHOR FC yang pernah dinobat kelab terbaik dua musim berturut-turut hilang kredibiliti selepas aksi mengecewakan pada saingan Liga Super musim ini.
Hasrat pengurusan kelab mahu melihat skuad Lebah menamatkan saingan di kelompok tiga teratas sekadar tinggal impian selepas musim lalu di tangga keempat berbanding sekarang kekal di kedudukan kelapan liga.
Senario itu mengundang resah buat jurulatih Azuan Zain yang terus dilema selepas penyerang skuad itu cukup menghampakan di depan gawang lawan.
“Semua sudah saya lakukan terutama perubahan taktik dan menerap aksi lebih agresif malah ketika latihan apa yang ditunjuk ajar nyata berkesan tetapi bila beraksi dalam perlawanan sebenar cukup mengecewakan. Barisan serangan tumpul manakala posisi tengah juga hilang arah dan gagal mengatur strategi berkesan sehingga pasukan lawan pantas ambil kesempatan untuk menjaringkan gol,” katanya.
No comments:
Post a Comment