Penyokong Red Worriors hampa tewas buat julung kali di halaman sendiri
TIADA apa yang seronok terpancar pada wajah penyokong The Red Warriors, semalam yang dipalit duka menyaksikan pasukan kesayangan mereka, Kelantan rebah di gelanggang sendiri 1-2 kepada T-Team dalam saingan Liga Super, malam kelmarin.
“Kami amat sedih kerana kekalahan ini adalah pertama kali dialami di tempat sendiri sepanjang Liga Super berlangsung, musim ini namun lebih mengecewakan apabila gagal memperolehi sebarang mata,” kata ketua jurulatih, Datuk M Karathu, semalam.
“Pemain sebenarnya masih mampu bersaing walaupun ketinggalan 0-1 pada babak pertama kerana Kelantan kembali menyamakan kedudukan dan pemain terus bersemangat.”
Apa pun Karathu berkata, anak didiknya tidak akan mudah menyerah kalah dalam baki empat perlawanan Liga Super musim ini selain mahu memperbaiki kesilapan dan fokus kepada cabaran seterusnya.
Sementara itu, ketua jurulatih T-Team, Mohd Yunus Alif berkata, anak didiknya tidak menghadapi masalah berdepan tuan rumah, sebaliknya Kelantan terpaksa bermain dalam tekanan kerana perlu bersaing dengan Terengganu bagi menerajui Liga Super, musim ini.
"Saya dan pemain berpuas hati kerana berjaya menewaskan pasukan yang hebat dan kami juga membuktikan T-Team bukan pasukan yang boleh dipandang mudah," katanya.
No comments:
Post a Comment