Friday, May 20, 2011

Seri sudah memadai

PKNS bakal melayan kunjungan Johor di laman sendiri malam ini dalam usaha memburu mata untuk layak ke saingan Liga Super musim depan. 

Dengan permainan berbaki empat perlawanan, anak buah Abdul Rahman Ibrahim itu hanya memerlukan satu mata sahaja untuk dinaikkan pangkat ke Liga Super. 

Pasukan yang berpangkalan di Lembah Klang itu dijangka tidak berdepan masalah menumpaskan Jengking di hadapan penyokong sendiri. 

Pada pertemuan pusingan pertama 1 April lalu, PKNS menumpas anak buah Azmi Mohamed 2-1 menerusi jaringan Muhd Zamri Hassan (m-10) dan Mohd Khairul Akhyar (m-35). 

Selepas mengharungi 18 perlawanan, PKNS mengumpul 48 mata hasil 15 kemenangan dan tiga seri. 

Setakat ini, PKNS berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selain mengumpul jaringan terbanyak (46 gol) dan bolos lima kali.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...