Monday, May 16, 2011

FAM lantik dua agensi padang tiruan

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah melantik agensi dari Jerman dan Belgium bagi membantu pembinaan padang tiruan untuk menggantikan padang rumput di stadium-stadium di negara ini.

Usaha menukar padang rumput kepada padang tiruan itu sejajar dengan galakan FIFA namun padang tiruan yang dibina mesti menepati prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh badan bola sepak dunia itu.

Ia merupakan usaha FAM bagi memastikan kualiti padang di setiap stadium tidak terganggu dengan jumlah penggunaan yang terlalu kerap.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pelantikan agensi itu untuk membantu pengurusan stadium yang berminat menukar padang rumput kepada padang tiruan.

Kos setiap satu padang tiruan dianggarkan sekitar RM 3 juta.

"Kami hanya boleh membantu mereka jika berminat menggunakan padang tiruan namun keputusan muktamad terletak pada mereka sendiri.

"Padang tiruan lebih mudah diselenggarakan dan boleh bertahan lapan tahun.

"Kebanyakan stadium sering berdepan masalah menjaga kualiti padang dan menjejaskan mutu permainan," katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...