EORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menggugurkan tujuh pemain termasuk ketua pasukan Megat Amir Faizal Alkhalidy Ibrahim dalam usaha mengubah kedudukan tangga tercorot dalam Liga Perdana.
Presidennya, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, tindakan drastik itu diambil ekoran prestasi mereka mengecewakan.
Selain Megat Amir Faizal, enam pemain lain yang digugurkan ialah Hafizi Roslee, Mohd Arif Fazlie Saidin, S. Sathiakumaran, Mohd Arsyah Mohd Ayob, Mohd Rizal Ahmad dan Rahmad Najib Din.
"Sasaran kami adalah untuk mengumpul mata dalam baki perlawanan agar tidak tercicir dari Liga Perdana," katanya - Bernama
No comments:
Post a Comment