KEMAMAN 20 Mei - Perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dan Terengganu pada 11 Jun ini akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan hasil permohonon Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue itu.
"Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA yang akan datang ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Chukai di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment