Saturday, May 14, 2011

Kim Swee puji aksi skuad benam T-Team

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee memuji kelibat anak buahnya yang mempamerkan persembahan mantap yang sentiasa pantas merebut bola sehingga merakamkan kemenangan ke atas T-Team dalam saingan Liga Super di gelanggang lawan, malam kelmarin. 

“Saya terpaksa melakukan beberapa pertukaran pemain pada separuh masa kedua dengan memasukkan Syahrul Azwari dan Muhammad Ferris Danial bagi melancarkan jentera serangan, dan ia terbukti berhasil menyamakan kedudukan serta menambah dua gol lagi,” katanya.


Kim Swee mengakui T-Team gagal mengekang kepantasan barisan pemain mudanya sehingga menyebabkan gawang tuan rumah dapat dibolosi mudah. Menurutnya, kunjungan ke Terengganu adalah mengasah ketajaman penyerang dan terbukti ia berbaloi.

Hasil kemenangan itu, Harimau Muda A kini berada di tangga keenam liga dan menjadi pencetus semangat menjelang perlawanan kelayakan Olimpik pusingan kedua menentang Lubnan 19 Jun ini. 

Sementara itu, jurulatih T-Team, Yunus Alif kecewa dengan kekalahan itu dan tidak menduga pasukan lawan berhasil mencuri tiga mata penuh. 

“Kekalahan itu berpunca daripada insiden Mohd Shazlan Alias dan Zairol Anuar Zailani yang dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...