HAIRUDDIN Omar yang kembali menemui sentuhannya, bertekad untuk terus mempamerkan persembahan cemerlang membantu Negeri Sembilan memperbaiki kedudukan Liga Super dan seterusnya mencabar kedudukan pasukan teratas. Penyerang berpengalaman itu yang menjaringkan dua gol ketika skuad Hoben Jang Hoben membenam Perak 3-1, Selasa lalu, mahu terus mencatat nama sebagai penjaring dan menggalas tanggungjawab disandarkan dengan sebaik mungkin demi memastikan kejayaan buat skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah.
“Kejayaan menyumbang sesuatu yang positif kepada pasukan sentiasa menjadi impian saya namun akibat kecederaan ia membataskan saya berada dalam kesebelasan utama pasukan. Bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat membantu pasukan mengatasi Perak, Selasa lalu.
“Pastinya saya akan terus berusaha menjaringkan gol pada perlawanan akan datang membantu Negeri Sembilan mencapai kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan dalam liga kerana tempat kelapan ketika ini belum memuaskan,” katanya.
Bekas penyerang Kelantan itu berharap rakan sepasukan dapat terus memberi kerjasama dan komitmen tinggi meletakkan kembali pasukan pada landasan kemenangan apabila turun menentang Sabah, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Namun begitu, beliau mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak terlalu yakin biarpun Sabah kini berada di kedudukan kedua terbawah liga, sebaliknya perlu sentiasa berwaspada dan tidak melakukan kesilapan mudah yang mungkin boleh menjejaskan sasaran itu.

No comments:
Post a Comment