Tuesday, May 3, 2011

Red Warriors tetap gempur

Karathu harap pemain tidak pandang rendah keupayaan Johor FC

KEJAYAAN menundukkan Johor FC 4-1, pada pusingan pertama di Kota Bharu, 12 Februari lalu, bukan jaminan kunjungan ke Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini, adalah satu tugas mudah buat The Red Warriors. 

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu, mengarahkan anak buahnya tidak memandang mudah keupayaan tuan rumah yang sudah tentu mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.

Sehubungan itu, dia meminta pemain memberi komitmen 100 peratus terutama barisan penyerang supaya memanfaatkan setiap peluang untuk merobek gawang lawan.“Saya mahu setiap pemain memanfaatkan peluang dan cuba mencari gol awal bagi menyuntik semangat sendiri dan memberi tekanan kepada tuan rumah. 

“Kelantan harus mengekalkan aksi cemerlang seperti dilakukan pada pertemuan pusingan pertama di Kota Bharu dan mengekalkan momentum yang ada ketika ini,” katanya, semalam. 

Karathu mengakui kebangkitan Johor FC yang menewaskan Sabah 3-0 di Stadium JCorp Sabtu lalu, harus menyedarkan pemain Kelantan betapa tuan rumah juga mahu menang di depan penyokong sendiri. 

Jurulatih Kelantan itu berkata, dia akan mengekalkan kesebelasan utama yang memastikan kemenangan ke atas Kuala Lumpur di Kota Bharu, Sabtu lalu untuk memastikan misi pulang dengan tiga mata penuh tercapai. 
Tanpa masalah kecederaan pemain, dia sekali lagi mengharapkan Norshahrul Idlan Talaha, S Chanturu dan pemain tengah Mohd Badri Radzi untuk menggempur benteng lawan. 

“Saya juga mahu melihat setiap pemain membuktikan mereka mampu melakar kejayaan di tempat lawan dan kami berharap pertemuan dengan Johor FC akan memberi tiga mata dan terus meletakkan Red Warriors di tangga teratas liga,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...