Wednesday, May 4, 2011

Iktiraf pemain ASEAN sebagai pemain tempatan - Raja Ahmad

IPOH 4 Mei - Bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar hari ini mencadangkan Malaysia membuka pintu kepada pemain bola sepak dari negara ASEAN, beraksi dalam liga tempatan atas tiket pemain tempatan seperti yang dibuat oleh liga di negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

"Buat apa kita hadkan atau wajibkan seorang sahaja pemain ASEAN... jangan ada sekatan untuk pemain dari ASEAN. Pemain luar ASEAN sahaja patut dianggap sebagai pemain import. Kita boleh contohi Kesatuan Eropah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pandangan yang dilontarkan itu wajar difikirkan oleh FAM demi meningkatkan mutu bola sepak negara dan juga negara serantau.

Raja Ahmad berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa yang mengumumkan bermula musim depan, pemain import akan kembali mewarnai arena bola sepak tanah air dan seorang daripada mereka mestilah dari negara ASEAN. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...