Wednesday, May 4, 2011
Prestasi hambar di bawa ke Sidang DUN
PRESTASI buruk pasukan bola sepak Pulau Pinang yang kini menghuni tangga tercorot dalam Liga Perdana dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
Perkara tersebut dibangkitkan Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) kerana bimbang dengan masa depan pasukan Pulau Pinang yang hanya mencatat satu mata selepas mengharungi 16 perlawanan liga.
Katanya, satu ketika dahulu Pulau Pinang menjadi antara kuasa besar dalam arena bola sepak tempatan termasuk pernah menjulang Piala Malaysia.
“Saya bimbang tahun depan kita akan pergi ke Piala FAM. Masalah ini adalah akibat pengurusan yang tidak memuaskan,” katanya.
Jagdeep Singh berharap kerajaan negeri dapat mengambil langkah tegas untuk mengatasi kemerosotan pasukan Pulau Pinang.
Selepas 16 perlawanan musim ini, Pulau Pinang kini terperosok di tangga terbawah dengan hanya mengumpul satu mata tanpa sebarang kemenangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment