Wednesday, May 4, 2011

PKNS kukuh cengkaman

PKNS terus mengekalkan rentak cemerlang dengan melebarkan pungutan mata di persada Liga Perdana apabila membenam pasukan USM 4-0 di laman sendiri, kelmarin.

Kemenangan terbaru itu membolehkan pasukan kendalian Abdul Rahman Ibrahim mengumpul 39 mata, hasil daripada 12 kemenangan dan tiga seri selepas mengharungi 15 perlawanan setakat ini.

Selain itu, PKNS berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah serta nyata mengulangi beberapa kejayaan besarnya menentang pasukan lawan di tempat sendiri.

Dua jaringan wakil Lembah Klang itu disumbangkan oleh oleh Zambri Hassan pada minit ke-45 dan 55, manakala satu gol masing-masing dijaringkan Mohd Irme Mat (min-28) dan Mohd Azrif Nasruhaq empat minit selepas babak kedua dimulakan.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...