Thursday, May 5, 2011

Irfan ceria percaturan benam Perlis menjadi

TINDAKAN memasukkan kapten Marzuki Yusof bersama penyerang Manaf Mamat pada separuh masa kedua memberi keyakinan semula kepada anak buah pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim untuk bangkit menewaskan Perlis, kelmarin. 

Terbukti tindakan itu membuahkan hasil apabila Manaf meledak dua gol pada minit ke-54 dan 76 manakala Ashaari Shamsudin turut menyumbangkan satu gol pada minit ke-67 untuk memastikan kemenangan 3-1 dan tiga mata penuh

Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh mengakui pemain kurang bertenaga pada aksi babak pertama hingga membolehkan Perlis membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi Shahrul Hanizan Mohd yang menewaskan penjaga gol, Sharbinee Allawee.“Bagi mengelakkan tuan rumah tewas, Irfan Bakti memasukkan Marzuki dan mengeluarkan Ronny Harun yang kurang cergas di benteng pertahanan dan ini menyuntik keyakinan kepada rakan lain,” katanya. 

Che Mat berkata, Manaf yang mengalami kecederaan ketika bertemu dengan Sabah terpaksa dimasukkan untuk mempertajamkan barisan depan dan tindakan itu berkesan apabila penyerang itu menghasilkan dua gol, sekali gus memastikan Terengganu terus di tangga ketiga liga untuk mengekori Kelantan dan Selangor. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...