Thursday, May 5, 2011

Persaingan rebut kejuaraan liga kini terbuka luas

JURULATIH Selangor, K Devan mengakui persaingan merebut kejuaraan Liga Super kini terbuka luas di kalangan tiga pasukan teratas tetapi menegaskan juara bertahan itu hanya mahu menumpukan usaha untuk memenangi setiap perlawanan bagi menjamin mereka kekal dalam perebutan kejuaraan. 

Bagi Devan, tumpuan utama kini ialah memastikan dia memiliki senarai pemain cergas bagi menghadapi jadual padat liga yang mula memberi kesan terhadap skuadnya apabila ramai pemain mengalami kecederaan dan dilanda sindrom keletihan ketika beraksi.

“Selain beberapa pemain cedera, ramai juga kepenatan kerana beraksi berturut-turut dalam beberapa perlawanan dan tanggungjawab saya ialah memastikan mereka pulih dan cergas untuk mengharungi perlawanan akan datang,” kata Devan selepas skuadnya menewaskan Kuala Lumpur 3-1, kelmarin.Kemenangan itu mengekalkan Selangor di tangga kedua di belakang pendahulu Kelantan yang turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas Johor FC. 

Selangor dan Kelantan mengumpul 36 mata selepas 17 perlawanan tetapi dibezakan jumlah jaringan, dengan Terengganu mengekori di tangga ketiga 35 mata. 

Antara tonggak Selangor yang masih cedera adalah penyerang Mohd Amirulhadi Zainal dan dua pertahanan, Mohd Razman Roslan dan Khairul Anuar Baharom. 

“Amirul dijangka memerlukan tempoh seminggu sebelum boleh beraksi manakala Razman dan Khairul Anuar masing-masing memerlukan dua minggu,” katanya menjelang menanti kunjungan Johor FC di Stadium Shah Alam, esok. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...