NEGERI Sembilan yang berusaha keras untuk keluar daripada kelompok terbawah carta Liga Super akhirnya menemui sentuhan bermakna apabila menewaskan Perak 3-1 dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin.
Sekalipun bersandarkan harapan kepada pemain mu da termasuk daripada skuad Piala Presiden, persembahan mereka tidak mengecewakan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah untuk menenggelamkan reputasi barisan Norizan Bakar.

Gandingan Mohd Shaffik Abdul Rahman dan Mohd Khairul Ridzwan yang kemudian diambil alih penyerang berpengalaman Hairuddin Omar nyata berkesan untuk memberikan tiga mata penting yang sekali gus meletakkan Negeri Sembilan kini di tangga kelapan.“Saya terpaksa menyenaraikan 17 pemain saja bagi perlawanan malam ini (malam semalam) kerana ramai kurang cergas, malah terpaksa menukar posisi S Kunalan untuk membantu benteng kiri.
“Usaha mengetengahkan pemain muda nyata tidak sia-sia apabila mereka menggalas tanggungjawab dengan baik,” kata Azraai yang memuji persembahan gandingan Mohd Shaffik dan Mohd Khairul serta sentuhan Hairuddin untuk memastikan kemenangan.
Detik kemenangan itu diharap menjadi titik kebangkitan Negeri Sembilan untuk terus memacu kejayaan dalam misi meletakkan kembali pasukan di landasan kemenangan dan berada pada posisi lebih dihormati.”

No comments:
Post a Comment