Friday, July 15, 2011

Mat Yo cedera

HARAPAN peminat Harimau Malaya untuk menyaksikan gandingan berbisa Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha beraksi menggempur kelab gergasi Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil petang esok mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana ketika Safee kembali sembuh daripada kecederaan otot belakang lutut, perkhabaran terbaru pula mengundang resah skuad kendalian Datuk K Rajagobal apabila kecederaan lama Norshahrul menghantui semula selepas perlawanan menentang Arsenal kelmarin.

Penyerang lincah Norshahrul yang turut dikenali dengan nama panggilan Mat Yo, mengalami kecederaan hamstring dan tidak turun berlatih pada sesi latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Situasi itu nyata tidak disenangi Safee yang berharap dapat menghidupkan semula kombinasi berbisa bersama Mat Yo seperti yang dilakukan ketika membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

“Saya sudah pulih daripada kecederaan cuma sekarang saya kena tingkatkan kecergasan semula. Memang sasaran saya untuk bertemu Singapura dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, tapi kalau boleh saya mahu bermain menentang Liverpool.

“Pasukan negara sekarang dilanda masalah kecederaan jadi itu mungkin menjejaskan sedikit prestasi pasukan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...