Friday, July 22, 2011

Misi takluk Stadium Jalan Besar

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan berlepas ke Singapura semalam dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia, esok.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar republik itu pada 7.25 malam.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal terpaksa meninggalkan empat tonggak akibat kecederaan yang dialami ketika pertemuan dengan Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool Sabtu lalu.

Pemain yang cedera ialah penyerang Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.

Pemain yang berlepas ke Singapura terdiri Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Mohd. Farisham Ismail, Mohd. Asruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhil Mohd. Shas, Mohamad Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Ismail Faruqi Ashari

Tidak ketinggalan penyerang Mohd. Safee Mohd. Sali, Mohamad Azmi Muslim, Amar Rohidan,Ahmad Fakri Shaarani, Baddrol Bakhtiar, Gurusamy G. Kandasamy, Kunalan Subramaniam, Helmi Remeli, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Hadi Yahaya, Mohd. Sharbaniee Allawee, Mohd. Nasril Mat Nourdin, Mohd. Rizal Fahmi Ab. Rosid, Izzaq Faris Ramlan.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.
Malaysia ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua tetapi layak ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.

Malaysia sebelum itu mengalahkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...