Saturday, July 16, 2011

Tunggu 'amukan' Kunanlan

KUALA LUMPUR - Selepas mendapat pujian dalam perlawanan menentang Arsenal, Rabu lalu pemain sayap kiri Malaysia, S. Kunanlan berharap dapat mengekalkan aksi konsisten menjelang perlawanan dengan Liverpool hari ini.

Kunanlan yang bermain bersama Negeri Sembilan dalam saingan Liga Malaysia sudah bersedia untuk mempertingkatkan permainannya bertemu Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya akui memang Liverpool mempunyai kelebihan fizikal dan sukar untuk pemain Malaysia mendapat ruang yang mudah bertemu mereka tetapi saya berharap dapat boleh mempertingkatkan permainan," katanya selepas menamatkan sesi latihan, semalam.

Jelasnya, pemain Liverpool serta pemain Liga Perdana England (EPL) adalah bertaraf dunia jadi dia tidak hairan jika media lebih memberi tumpuan kepada mereka.

"Saya harap ia tidak akan mengganggu persembahan saya, sebaik sahaja turun di atas padang saya dapat beraksi dengan baik dan mengekalkan konsisten seperti mana bertemu Arsenal sebelum ini.

"Saya harap semua pemain dapat memainkan peranan masing-masing, saya akui saya tidak gementar untuk berdepan mereka dan harap dapat banyak belajar," kata pemain berusia 26 tahun itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...