Saturday, July 30, 2011

Thailand, Indonesia julang Asia Tenggara

HONG KONG - Thailand dan Indonesia mengikut jejak Singapura mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia selepas menang menerusi agregat pada perlawanan timbal balik pusingan kedua, semalam.

Di Jakarta, Indonesia melangkah ke pusingan seterusnya dengan agregat 5-4 selepas mengalahkan Turkmenistan 4-3 di Stadium Gelora Bung Karno.

Singapura mara dengan agregat 6-4 setelah seri 1-1 dengan Malaysia semalam.

Thailand memastikan Asia Tenggara mempunyai tiga wakil pada pusingan ketiga apabila mara dengan agregat 3-2 setelah seri 2-2 pada perlawanan di Stadium Faisal Al Huseni.

Satu lagi pasukan handalan Asia Tenggara, Vietnam kecewa apabila kemenangan 2-1 ke atas Qatar di Stadium MY Dinh, Hanoi gagal membawa mereka ke pusingan ketiga setelah kalah 0-3 pada pertembungan pertama.

Tiada kejutan dalam lain-lain perlawanan apabila China berpesta gol ke pusingan ketiga dengan agregat 13-3 ke atas Laos.

Semua 15 pasukan yang mara ke pusingan ketiga akan diundi bersama pasukan yang layak ke Piala Dunia 2010 iaitu Australia, Bahrain, Jepun, Korea Utara dan Korea Selatan.

Semua 20 pasukan itu kemudiannya akan dibahagikan kepada lima kumpulan dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan keempat. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...