Tuesday, July 26, 2011

Irfan lamar dua pemain

TERENGGANU sudah mengenalpasti dua pemain berpontensi dari pasukan negeri lain untuk dipinjam menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini agar menjadi pasukan terhebat serta digeruni pihak lawan.

Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan dua pemain itu sudah dihubungi dan memberi kesanggupan bersama skuad Terengganu musim ini.

“Saya tidak dapat mendedahkan nama pemain terbabit setakat ini kerana belum mendapat kelulusan daripada pengurusan skuad Terengganu untuk berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, dua pemain yang dihajatinya ialah bahagian tengah dan yakin usaha mendapat khidmat pemain berkenaan akan tercapai nanti.

Katanya, bahagian tengah adalah penting bagi membuat hantaran tepat kepada barisan serangan untuk melakukan ledakan ke arah gawang supaya menghasilkan gol.

Irfan sudah mengemukakan nama pemain terbabit kepada pihak pengurusan dan menunggu lampu hijau sebelum membawa mereka menjalani latihan.

“Terengganu akan menjalani latihan persiapan pada minggu kedua Ramadan dan semua pemain sudah dimaklumkan mengenainya,” katanya.

Ketika ini, 18 pemain Terengganu sedang mengadakan lawatan ke London selama seminggu bermula 23 Julai lalu sebagai hadiah kerajaan negeri kerana menjuarai Piala FA.

Bagaimanapun, tujuh pemain yang diserapkan dalam skuad Harimau Malaya dan Olimpik tidak mengikuti lawatan itu kerana terbabit menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura.

Irfan yakin dengan membuat persiapan rapi sudah tentu pasukannya mampu menggalas tugas penting dan mara lebih jauh dalam memburu Piala Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...