Monday, July 25, 2011

Safiq terkilan kad merah

WALAUPUN kecewa dilayangkan kad merah, kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim memuji semangat dan kebangkitan rakan sepasukan dalam kekalahan 3-5 kepada Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin.

"Saya sangkakan kad kuning, tetapi pengadil melayangkan kad merah terus. Saya kecewa dengan keputusan itu kerana saya tidak berniat mengasari lawan," katanya.
Pengadil, Nawaf Shukralla dari Bahrain melayangkan kad merah kepada pemain tengah berpengaruh itu pada minit ke-49 selepas mengasari Hariss Harun, yang mengakibatkan skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 pemain ketika ketinggalan 1-4.


Namun, skuad negara bernasib baik apabila empat minit kemudian lawan pula kehilangan pertahanan, Ismail Yunos gara-gara kad kuning kedua akibat mengasari S Kunanlan. 

Safiq percaya, kekalahan itu bukan penamat kerana skuad kebangsaan masih ada baki 90 minit lagi dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini untuk menebusnya.

"Walaupun saya tidak dapat bermain, saya percaya peluang kita masih ada dan kita harus memanfaatkan sepenuhnya aksi di gelanggang sendiri dengan memastikan sekurang-kurangnya menang 2-0 untuk mara dengan peraturan gol di tempat lawan," katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...