Friday, July 29, 2011

Impian berkecai

Wajah penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menceritakan kesudahan perjuangan Harimau Malaya apabila seri 1-1 (agregat 4-6) dengan Singapura pada kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

SORAKAN awal lebih 85,000 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi bertukar muram kerana realitinya Harimau Malaya berundur dengan nota pilu selepas tersingkir daripada meneruskan lagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014.

Keputusan seri 1-1 jelas bukan apa diharapkan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua buat menyaksikan lawan mereka, Singapura lega dapat layak ke pusingan ketiga dengan agregat kemenangan 6-4.
Ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal tidak dinafikan penuh hampa dan apabila diminta komen hanya dapat berkata: “Kita tidak kalah di sini (Bukit Jalil).

Skuad negara mendahului menerusi jaringan kapten, Safee Sali minit ke-57 sebelum Shi Jiayi muncul pemusnah impian besar Harimau Malaya, minit ke-71. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...