Wednesday, July 27, 2011

85,000 tiket Malaysia lawan Singapura habis dijual

PUTRAJAYA 27 Julai - Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.

Beliau berkata, penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

"Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.

"Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.

Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas.
Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...