Friday, July 8, 2011

Piala AFC: Kelantan ambil khidmat dua pemain import

PETALING JAYA 8 Julai – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menggunakan khidmat dua pemain import untuk memperkuatkan skuad Red Warriors dalam menghadapi saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tahun hadapan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, Kafa memerlukan khidmat pemain import kompetitif bagi mengelakkan pasukan itu menjadi skuad belasahan bila berdepan pasukan terbaik benua Asia.

"Kafa akan mencari pemain yang mempunyai kemampuan untuk bersama skuad Kelantan dan mereka akan diuji terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menerima Piala Liga Super yang dimenangi Kelantan selepas skuad The Red Warriors mengumpul 56 mata, tiga mata di hadapan Terengganu yang mengutip 53 mata dan Selangor, 52 mata daripada keseluruhan 26 perlawanan.

Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), berkata, persatuan sanggup mengeluarkan dana yang lebih bagi mencari pemain berkualiti. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...