SELANGOR berputih mata selepas gagal mengekalkan gelaran juara Liga Super yang dirangkul, musim lepas.
Jurulatih The Red Giants, K Devan mengakui kecewa dengan prestasi pasukannya walaupun bermula agak baik namun sedikit merudum pada penghujung musim liga.
“Kurangnya kualiti dalam pasukan banyak mempengaruhi dan merencatkan prestasi Selangor, ditambah pula dengan masalah yang melibatkan komitmen, kerjasama pemain serta pihak pengurusan.
“Kecederaan dialami beberapa pemain sedikit sebanyak mempengaruhi corak permainan sepanjang musim Liga Super, namun saya tidak menyalahkan pemain sebaliknya berpuas hati dengan komitmen diberikan mereka,” katanya.:
Pada masa sama, beliau tidak menafikan bahawa anak buahnya hilang fokus dan konsentrasi ketika berhadapan dengan pihak lawan.
Kelmarin, dalam aksi terakhir liga menyaksikan Merah Kuning sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak di Ipoh.
Anak buah Devan bermain dengan baik di separuh masa pertama dan hampir mendahului tuan rumah melalui percubaan Amirulhadi Zainal pada minit ke-34.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal mencipta jaringan sehingga perlawanan ditamatkan.
Selangor menamatkan musim Liga Super tahun ini, di kedudukan ketiga dengan mengumpul 52 mata
No comments:
Post a Comment