BAGI menghadapi kempen Piala Malaysia September depan, T-Team bercadang mendapat khidmat beberapa pemain bagi memantapkan skuad kelab Pantai Timur itu.
Buat masa ini, pengurusan pasukan sedang mengenal pasti beberapa pemain daripada pasukan yang terkeluar saingan Piala Malaysia untuk dipinjam.
Pengurusnya, Rozi Mamat berkata, memandangkan pasukan yang beraksi dalam Piala Malaysia musim ini hebat belaka, pihaknya tiada pilihan kecuali mencari pemain yang boleh membantu menguatkan jentera serangan dan pertahanan.
“Jika dapat mencari sekurang-kurangnya beberapa pemain lagi, sudah tentu pasukan bimbingan Yunus Alif ini akan lebih mantap dan disegani lawan," katanya semalam.
Rozi berkata, pihak tidak dapat memastikan pemain pasukan mana ketika ini tetapi mengakui sudah memulakan risikan serta penilaian pemain terbabit sebelum mengemukakan tawaran rasmi, termasuk pemain Perlis dan Pahang yang terkeluar dari saingan Piala Malaysia musim ini.
No comments:
Post a Comment