Friday, July 22, 2011

Jaringan kontroversi

TAK KENA...penyerang negara, Amri Yahya nyaris ‘diterajang’  pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, semalam.
TAK KENA...penyerang negara, Amri Yahya nyaris ‘diterajang’ pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, semalam.

SKUAD pilihan Malaysia berjaya mengembalikan maruah negara yang tercalar selepas dipersenda dua gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Liverpool yang mencatatkan kemenangan besar ke atas skuad utama negara minggu lalu.

Walaupun tewas kepada satu lagi kelab terbaik dunia, Chelsea dengan keputusan 0-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, itu sudah cukup untuk memuaskan hati 84,980 pminat yang hadir memberikan sokongan.

Blues nyata terpaksa berhempas pulas apabila perlu menunggu hingga minit ke-78 sebelum penyerang berbisanya, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol gantian, Mohd Izham Tarmizi.
Ia berpunca daripada kesilapan Mohd Izham yang gagal menampan kemas sepakan terbabit sebelum melantun ke dalam gol selepas terkena bahagian belakangnya dan disahkan masuk oleh pengadil perlawanan, Mohd Subkiddin Mohd Salleh walaupun terdapat bantahan dari pemain Malaysia yang mengatakan bola itu belum melintasi garisan gol.

Jurulatih pilihan Malaysia, Ong Kim Swee nyata gembira dengan menganggapnya sebagai satu perlawanan yang biasa diharungi barisan pemain Olimpik negara.

“Kami sebenarnya bermain tanpa tekanan kerana sembilan pemain senior yang beraksi sejak permulaan berjaya mengelakkan sebarang gol dihasilkan lawan.

“Malah keyakinan itu memberi impak kepada pemain Olimpik negara pada separuh masa kedua yang percaya dapat melakukan kejutan namun lawan yang berjaya menjaringkan gol. 

Namun saya juga terpaksa melihat kembali jaringan itu sama ada sudah masuk atau sebaliknya,” kata jurulatih Olimpik negara itu.

Kim Swee juga percaya sembilan pemain senior itu wajar diberikan peluang untuk menyarung jersi kebangsaan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...