KOTA BHARU 10 Julai — Kelantan kini mempunyai pemain pelapis yang boleh disandarkan harapan untuk beraksi pada masa hadapan jika terus digilap dan diberi pendedahan bermain dengan pasukan luar negara.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu berkata negeri ini tidak ketandusan pemain muda jika diukur pada beberapa perlawanan persahabatan termasuk dengan sebuah kelab dari Indonesia, Pelita Jaya FC di sini, malam tadi.
"Saya sangat gembira dengan prestasi pemain muda yang kita galaskan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan terutama dengan Kelab Pelita Jaya ini.
"Bagaimanapun mereka perlu memperbaiki kelemahan terutama di posisi serangan yang saya nampak kurang berkesan,” katanya selepas perlawanan persahabatan antara Kelantan dan Pelita Jaya FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini, malam tadi. — Bernama
No comments:
Post a Comment