KEBANGKITAN diharap dapat dilakukan pemain Pahang bagi memastikan kedudukan lebih baik mampu digapai apabila berakhirnya Liga Super.
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, jika berdasarkan situasi semasa, Pahang berada dalam kedudukan tidak selesa jika prestasi terbaik gagal dipamerkan pada baki perlawanan.
Justeru, beliau mahu pemain lebih komited terhadap perlawanan selepas ini untuk meletakkan Pahang di landasan terbaik.“Kerjasama dan semangat berpasukan amat ditagih terutama barisan serangan diharap lebih bijak memanfaatkan segala peluang yang dimiliki,” katanya semalam.
Mengulas keputusan seri 0-0 dengan T-Team kelmarin, biarpun sekadar seri beliau tetap berpuas hati dengan komitmen anak buahnya yang dilihat mempamerkan sedikit peningkatan.
No comments:
Post a Comment