BAGI penolong jurulatih T-Team, Mohd Shafie Pak yang baru mengambil alih tugas sementara sebagai jurulatih merasa lega kerana anak buahnya berhasil mengutip satu mata ketika seri menentang Pahang dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Mohd Shafie berkata, apa yang penting anak buahnya sudah bermain dengan baik sehingga pasukan pelawat gagal untuk membawa pulang mata penuh.
Katanya, kegagalan barisan tengahnya memainkan peranan dengan baik menjadi faktor utama menyebabkan sukar untuk penyerang melakukan tugas menjaringkan gol dalam perlawanan itu.Beliau berkata, Tengku Hasbullah Raja Hassan yang berganding bersama Zairo Anuar Zailani dibahagian tengah masih kurang sihat berikutan pemain itu demam menyebabkan sedikit tergugat corak permainannya.
No comments:
Post a Comment