JOHOR mengimpikan kedudukan tangga ketiga kekal milik mereka walaupun berdepan misi sukar apabila berdepan Polis dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Johor Bahru, malam ini.
Pembimbing skuad yang bergelar Harimau Selatan, Azmi Mohamad mensasarkan tiga mata mampu diraih bagi menjarakkan pungutan mata dari Polis yang turut mengumpul 26 mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
“Ada baki tujuh perlawanan lagi termasuk aksi menentang Polis esok (malam ini) dan saya mahu pemain beri sepenuh tumpuan memastikan mata penuh mampu dikutip memandangkan peluang untuk kembali beraksi ke Liga Super masih terbuka.“Keputusan seri menentang Tentera baru-baru ini cukup mengecewakan namun saya tidak mahu pemain tertekan sebaliknya bangkit memastikan kemenangan tatkala perlawanan Johor-Polis dianggap perlawanan tumpuan.
Beliau menegaskan tiada perubahan drastik yang akan dilakukan sebaliknya tumpuan lebih terarah mempertajamkan barisan serangan yang tampak kurang menyerlah terutama memastikan penyerang yang diterajui Norizam Salaman kembali menemui sentuhan penyudah.
No comments:
Post a Comment