Monday, May 2, 2011

Kelantan tekad kekal rentak

The Red Warriors mahu pertahankan kedudukan tangga teratas carta

DATUK M Karathu tampil dengan nada keras, semalam apabila mengutarakan betapa Kelantan kini bertekad mempertahankan kedudukan tangga teratas Liga Super, musim ini dan menyambung terus rentak kemenangan sehingga perlawanan terakhir. 

“Kami akan menentang Johor selepas ini. Sudah pasti ia menjadi satu lagi tugas besar untuk pasukan dan saya benar-benar berharap pemain akan terus mengekalkan tahap kecemerlangan sepanjang baki cabaran liga nanti.

“Begitu juga pemain tonggak seperti Khairul Fahmi, Mohd Badri dan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) bagi memastikan kita dapat kekal menguasai takhta Liga Super,” katanya.
The Red Warriors akur mereka tidak menang mudah, malam kelmarin malah dipaksa memerah keringat oleh Kuala Lumpur sebelum pulang berbekal tiga mata dan melonjakan semula selaku pendahulu - memintas Selangor. 

Kelantan menang 2-0 di hadapan 25,000 penyokong setia untuk merakamkan kemenangan kedua berturut-turut dalam tempoh tiga hari selepas menewaskan Selangor 1-0 di halaman sendiri, Selasa lalu. 

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail akur dengan kekalahan namun sedikit kecewa kerana anak buahnya gagal menggunakan banyak peluang merobek gawang Kelantan. 

“Walaupun tewas, namun pada keseluruhannya, saya tetap berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain kerana mereka tidak mudah menyerah kalah terutamanya pada separuh kedua yang menyaksikan serangan banyak dilakukan ke kubu Kelantan,” katanya. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...