Saturday, May 7, 2011

Kelantan dan Selangor kekalkan kedudukan

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kelantan terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Liga Super selepas memperoleh kemenangan 2-1 menewaskan Kedah manakala Selangor kekal di tangga kedua liga selepas membenam Johor FC dengan keputusan 3-2.

Dalam pada itu, Terengganu berpesta gol untuk memperoleh kemenangan 4-0 ketika menentang Kuala Lumpur.

Keputusan lain, Felda United menang 2-0 ke atas Harimau Muda A, Perak dan Pahang sekadar seri 0-0, Sabah berupaya menjinakkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-0 dan Perlis memperoleh kemenangan tipis 2-1 ketika menentang T-Team. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...