Monday, May 7, 2012

3 pemain Harimau Muda ke luar negara


ESPN STAR MY
Tiga pemain Harimau Muda dilaporkan sudah bersedia untuk mendapatkan kontrak bersama kelab luar negara.
Jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata, ketiga-tiga pemain tersebut yang kini beraksi dalam Liga Singapura telah menarik perhatian beberapa ejen dan keputusan akan dibuat oleh FAM dalam masa terdekat.
Tiga pemain tersebut adalah Wan Zack Haikal, Wan Zaharulnizam dan Mohd Nazmi Faiz.


Kim Swee tidak mendedahkan kelab-kelab yang berminat dengan pemainnya tetapi dipercayai bahawa Wan Zack dan Wan Zaharulnizam akan menyertai kelab Jepun dan Nazmi Faiz akan ke Eropah.
"Kami hampir menyelesaikan beberapa perkara dan jika semua berjalan lancar, mereka bertiga akan beraksi di luar negara dengan kontrak pemain profesional tahun ini," kata Kim Swee kepada The Star.
"Tidak dinafikan kami kurang peluang untuk beraksi di tahap lebih tinggi. Kami sedikit sebanyak telah menemui formula untuk berjaya dalam rantau Asia Tenggara tetapi kami kini harus bekerja keras untuk tahap seterusnya, Asia."
Beliau berkata, walaupun Malaysia tidak memenangi sebarang perlawanan pada Kelayakan Olimpik, pasukan itu bagaimanapun telah berjaya mendapat perhatian dari pasukan Asia.
"Kami telah dijemput untuk beraksi dalam perlawanan dengan Iran, Australia dan China. Jika kita tidak berjaya ke pusingan tahap Asia, tiada siapa akan mengenali kami," katanya lagi.
Kim Swee kini sedang membuat persediaan untuk Piala AFC Bawah-22 di Myanmar mulai Jun hinggan Julai.

4 comments:

  1. minta facebook donk plizzz wan zaharulnizam plis 100%

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak membaca halaman ini lagi jika tidak dibalas hari ini oke???

      Delete
    2. salam anonymous,

      minta maaf, saya tak faham soalan anda.

      Delete
    3. Mr Anonymous,

      Jika anda maksudkan FB Wan Zaharulnizam @ Kecik, ni ialah FB beliau https://www.facebook.com/zaharulnizamkecik

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...