Wednesday, May 11, 2011

MP Muar paksa skuad 'abang' gigit jari

 PEMAIN MP Muar, S Haridhas (kiri) berebut bola dengan pemain Johor, Muhd Tuah Iskandar pada perlawanan Liga Perdana di Stadium JCorp Pasir Gudang, semalam.
PEMAIN MP Muar, S Haridhas (kiri) berebut bola dengan pemain Johor, Muhd Tuah Iskandar pada perlawanan Liga Perdana di Stadium JCorp Pasir Gudang, semalam.
MAJLIS Perbandaran Muar (MP Muar) memastikan pasukan ‘abang’, Johor pulang hampa apabila menang tipis 1-0 dalam saingan Liga Perdana di Stadium JCorp, Pasir Gudang, petang semalam. 

MP Muar yang beraksi selaku tuan rumah mencemaskan Johor pada minit ke-15 menerusi sepakan deras S Harivarnam dari luar kotak penalti sehingga memaksa penjaga gol, Mohd Syamim Othman merebahkan badan untuk menepis bola keluar.

Sekali lagi tuan rumah mencemaskan kubu Johor pada minit ke-23 selepas Mohan R Azmi yang mengambil sepakan percuma tetapi Mohd Syamim bekerja keras melayangkan badan.

Pada babak kedua, Johor terus gagal memecah kebuntuan meskipun diberi sepakan penalti pada minit ke-89 apabila bola sepakan Adib Aizuddin Ab Latif ditampan Sani Anuar. 

MP Muar mengambil kesempatan itu untuk mencipta gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan apabila Muhamad Asyraf Mohd Al-Japri memperdaya pertahanan Johor dan merembat kencang menewaskan Mohd Syamim. 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...