Thursday, June 23, 2011

‘Ayuh! Ikut jejak kami’

“SAYA cabar mereka untuk turut mengikut jejak langkah kami layak ke Sukan Olimpik”.

Cabaran itu dilontarkan bekas tonggak pertahanan skuad 1972, Namat Abdullah kepada anak-anak buah jurulatih Ong Kim Swee apabila mereka turun beraksi pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Lubnan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

“Sudah lebih 30 tahun kita gagal layak ke Sukan Olimpik. Ini peluang terbaik yang terbentang luas untuk mereka. Saya ingin melihat mereka beraksi di pentas itu sama seperti skuad beraksi pada 1972 (Munich, Jerman) dan 1980 (Moscow, Russia).

“Sukar untuk saya menggambarkan perasaan apabila berada di pentas Olimpik. Mereka perlu berusaha untuk mendapatkannya dengan bermain mati-matian pada tahap ini dan bersatu hati,” kata bekas pemain itu yang kini berusia 60 tahun.

Tambahnya ketika itu perasaan takut memang wujud kerana terpaksa bersaing dengan pemain profesional yang mempunyai pengalaman luas serta sentiasa beraksi di pentas tertinggi namun semangat untuk berjuang tetap berkobar-kobar.

Pada temasya Olimpik 1972 di Jerman itu, skuad negara yang dilatih Jalil Che Din tewas di tangan Jerman barat 0-3, menang ke atas Amerika Syarikat 3-0 tetapi tewas di tangan Maghribi 0-6 dalam saingan peringkat kumpulan.diletakkan bersama-sama Jerman Barat, Maghribi dan Amerika Syarikat (AS) namun menang sekali dan tewas dua.

Harimau Malaya bagaimanapun memulakan kempen dengan langkah kiri apabila ditewaskan Jerman Barat 3-0 dengan tiga jaringan terbabit hadir selepas separuh masa pertama berakhir namun skuad negara bangkit pada aksi kedua apabila merekodkan jumlah jaringan yang sama untuk menewaskan AS.

Maghribi yang ketika itu membariskan pemain profesional adalah lawan yang sukar untuk skuad negara apabila dibolosi enam kali tanpa balas sekali gus gagal layak untuk ke peringkat seterusnya.

“Memang kecewa apabila tewas namun saya tetap bangga. Malah Saya melihat peluang skuad Olimpik untuk mara kali ini sangat cerah terutamanya selepas keputusan seri di tempat lawan. Kelebihan beraksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin,” katanya yang turut menjelaskan disiplin menjadi kunci utama kejayaan mereka layak ke Olimpik 1972

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...