Thursday, June 30, 2011

Shafiq tekad bangkit julang Harimau Malaya di Taiwan

KAPTEN Harimau Malaya, Shafiq Rahim yakin kejayaan ke atas Taiwan, malam tadi akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik apabila menentang lawan dalam perlawanan kedua di gelanggang lawan, Ahad ini. 

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kesan positif yang dapat dilakukan di tempat sendiri dan berharap kemenangan ia dapat dikekalkan di laman lawan. Apa pun saya berharap kita dapat menghasilkan gol di sana.
“Biarpun kita tahu mereka juga mampu membuat beberapa percubaan ia harus dijadikan pengajaran buat pasukan mengemaskan bahagian pertahanan nanti,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan menentang Taiwan yang menyaksikan skuad senior menang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Shafiq yang berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27, berharap tempoh dua hari sebelum perlawanan timbal balik bermula dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya terutama untuk mempertajamkan bahagian serangan dan juga pertahanan. 

“Secara peribadi saya tidak dapat melunaskan sasaran peribadi kemenangan tiga gol seperti yang diidamkan sebelum ini tetapi saya yakin kita mampu untuk mencipta kejayaan di laman lawan,” katanya. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...