Saturday, June 25, 2011

Lubnan tangisi kekalahan

KETIKA pemain skuad Olimpik negara berpelukan sesama sendiri di tengah padang meraikan detik gemilang melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik London 2012, barisan pemain Lubnan pula meratapi kekalahan 2-1 di luar bilik persalinan sebaik perlawanan kedua itu tamat, kelmarin.

Kebanyakan pemain terduduk di luar bilik persalinan dengan penuh kesedihan, malah ada juga yang tidak dapat menahan perasaan dengan membaling but ke dinding sebagai tanda tidak puas hati apabila tunduk di tangan Malaysia pada aksi timbal balik pusingan kedua itu.

Paling sedih pastinya pertahanan, Chadie Atie yang terpaksa menerima hakikat jaringannya pada minit ke-64 masih belum mencukupi untuk membantu pasukannya mengecewakan anak buah Ong Kim Swee yang mendapat sokongan padu 15,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kami bermain dengan baik, tapi nasib tidak menyebelahi kami. Malaysia bertahan dengan baik hingga kami tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Selepas ketinggalan 2-0 pada babak pertama, Lubnan dibimbing Samir Saad mengasak bertubi-tubi, terutama apabila Malaysia kehilangan Gary Steven Robbart yang menerima kad kuning kedua.

Bagi Jad Noureddine, dia seperti tidak dapat terima kekalahan itu kerana berasakan Lubnan beraksi lebih baik berbanding tuan rumah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...