Tuesday, June 28, 2011

Tiket mula dijual esok

KUALA LUMPUR - Penyokong skuad kebangsaan boleh membeli tiket menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 Malaysia menentang Taiwan yang dijual seawal pukul 3 petang di pintu kuning Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai esok.

Tiga kategori tiket akan dijual pada harga yang berlainan iaitu RM30 untuk tempat duduk utama, RM20 untuk tempat duduk terbuka manakala RM5 untuk kanak-kanak bawah usia 12 tahun.

Perlawanan akan berlangsung pada pukul 8.45 malam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...