Wednesday, June 29, 2011

Safee, Mat Yo igauan kami: Chih Tsung

PADA pengamatan jurulatih Taiwan, Lo Chih Tsung - tiga pemain skuad Harimau Malaya dianggap boleh memusnahkan cabaran mereka menjelang pertemuan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 

Trio dimaksudkan pengendali berkenaan adalah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan S Kunalan yang disifatkan boleh mengucar-kacirkan kubu mereka andai tidak dikawal baik anak didiknya.
“Daripada apa yang saya lihat, ketiga-tiga pemain Malaysia ini sudah membuktikan keupayaan mereka semasa Piala Suzuki AFF dan juga ketika menentang Hong Kong, baru-baru ini. Saya ada melihat perlawanan itu (rakaman video) dan bagi kami mereka tidak boleh dipandang ringan,” katanya ketika ditemui selepas sidang media mengenai perlawanan itu di Wisma FAM, semalam.
Begitupun di sebalik kerisauan itu, Taiwan yang memegang ranking ke-160 dunia sama sekali menjadikan ia sebagai faktor pelemah semangat dan mahu kunjungan mereka itu berjaya membuahkan kemenangan sebagai sebelum menghadapi perlawanan timbal balik di laman sendiri, Ahad ini. 

“Kami sudah melakukan latihan sejak menghadapi Piala Cabaran AFC di sini Mac lalu. Sebelum ke Malaysia kami juga ada melakukan latihan di Korea selama dua minggu. 

“Apapun ini perlawanan pertama dan saya berharap dapat mencipta kemenangan biarpun ia bukan tugas mudah,” katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...