Tuesday, June 21, 2011

Misi getir Kim Swee

pix_gal0
Baki 90 minit bakal gamit minda pemain tentang Lubnan di Bukit Jalil

ONG Kim Swee harus ceria kerana apa disasar di Lubnan sudah tercapai - iaitu mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata. 

Namun, ketua jurulatih Harimau Muda itu akur apa dicapai pada 90 minit permainan di Beirut belum cukup sambil mentakrif baki 90 minit saingan dalam perlawanan kedua, pusingan kedua kelayakan Olimpik di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini akan menjadi lebih getir.
“Sasaran kita sudah tercapai. Tapi ingat kita perlu teruskan lagi usaha gigih di Kuala Lumpur nanti untuk memastikan kemenangan memihak kita di laman sendiri,” katanya yang sudah mula tampak yakin tiket ke pusingan ketiga seperti bakal dimiliki skuad Olimpik negara.


Dalam perlawanan pertama di Beirut, pasukan negara seri 0-0 dengan bisa serangan mula terjelma pada babak kedua yang harus dapat disambung di Bukit Jalil nanti. 

Sementara itu, jurulatih Lubnan, Samir Saad tetap memuji daya juang tinggi ditonjolkan skuad pimpinan Kim Swee, kelmarin. 

“Malaysia mempamerkan sistem permainan baik dan disiplin tinggi dalam pertahanan. Ini menyukarkan kami mencipta peluang,” kata Samir. “Tetapi saya harap di Kuala Lumpur nanti permainan mereka lebih terbuka dan kami akan berpeluang menjaring gol.” 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...