Wednesday, June 22, 2011

Cikgu Jan perkemas jentera serangan Seladang

PENANGGUHAN Liga Super selama hampir tiga minggu digunakan Perak untuk memperkemas dan memantapkan pasukan khusus bagi menghadapi pertembungan penutup tirai dengan Selangor di tempat sendiri pada 6 Julai ini.

Perlawanan ini penting buat semua pasukan termasuk pendahulu, Kelantan dalam usaha menentukan hala tuju masing-masing. Begitupun Selangor pasti turun dengan harapan mengutip mata penuh dalam usaha mencapai impian mengekalkan gelaran manakala Perak juga bercita-cita berada dalam kelompok lima teratas liga elit itu. Turut bersaing adalah Terengganu yang berpeluang merangkul gelaran berganda selepas memenangi Piala FA.

Justeru, jurulatih Seladang, Norizan Bakar bertekad melakukan segala terdaya untuk memperlengkapkan anak buahnya apabila membuat perhitungan dengan Selangor itu.

“InsyaAllah peluang Perak menduduki tempat keempat masih ada. Begitupun kami perlu bekerja keras jika ingin menggapai cita-cita itu,” katanya.

Menurut Norizan, mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan dalam usaha menyiapkan pemain bagi menghadapi pertemuan dengan Selangor. 

Selain itu katanya, pasukan Seladang juga meneruskan program jelajah daerah yang lama tertangguh berikutan kesibukan pasukan mengharungi kempen musim ini.

Beliau berkata, rehat panjang itu akan memberi kesegaran baru selepas mengharungi jadual padat sejak Mei lalu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...