Saturday, June 25, 2011

Gary mohon maaf

SEKIRANYA Malaysia tersingkir pada pusingan kedua kelayakan Olimpik London 2012 kepada Lubnan kelmarin, pemain negara paling kecewa sudah pastinya Gary Steven Robbart 
Pemain berusia 18 tahun itu tidak senang duduk apabila menyaksikan rakan sepasukannya berhempas pulas menangkis asakan Lubnan bagi mempertahankan kedudukan 2-1 sehingga tamat perlawanan selepas dia menerima kad merah pada minit ke-50.

“Saya kecewa kerana mendapat kad merah. Saya mohon maaf kepada rakan sepasukan kerana menyebabkan mereka berdepan tekanan hebat pada babak kedua. “Saya gembira kerana mereka bermain dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya menewaskan Lubnan, kalau gagal, saya pasti berasa amat bersalah,” katanya.

Biarpun insiden Gary dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-50 oleh pengadil dari Jepun, Toma Maasaki lebih mendapat perhatian, pemain itu sebenarnya menjadi nadi bahagian tengah skuad kendalian Ong Kim Swee.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...