SEJAK empat tahun lalu, liga bola sepak di Lubnan hanya disaksikan bangku-bangku kosong apabila kerajaannya tidak membenarkan penonton hadir ke stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan.
Peraturan itu berkuat kuasa selepas berlaku peperangan antara militan Israel dan Hezbollah di utara Lubnan yang berlarutan selama 34 hari. Keadaan politik tidak stabil memaksa kerajaan menghalang sebarang perhimpunan dilakukan termasuk menonton perlawanan bola sepak.
Namun itu tidak menghalang bola sepak Lubnan daripada terus membangun walaupun badan induknya tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, dan pasukan Olimpik yang ada sekarang adalah yang terbaik pernah wujud sejak 1998 ketika mereka menduduki tangga ke-85 FIFA.
“Ini saja harapan kami untuk kembali menaikkan maruah bola sepak Lubnan,” kata pengurus pasukan remaja kebangsaan Lubnan, Nasser Bakhtr berkenaan pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 bertemu skuad Olimpik negara hari ini.
“Bola sepak di sini sudah mati sejak lima tahun lalu di mana setiap perlawanan liga dilangsungkan tanpa penonton. Inilah peluang kami mengembalikan populariti bola sepak Lubnan.”
Untuk pertemuan dengan skuad kendalian Ong Kim Swee hari ini, Lubnan membuat persiapan rapi sejak berakhirnya liga tempatan lebih sebulan lalu dengan enam siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang lebih memihak kepada negara itu termasuk kemenangan 1-0 ke atas Qatar.
No comments:
Post a Comment