KEGAGALAN menyempurnakan peluang terhidang menjadi punca Lubnan tersingkir pada pusingan kedua kelayakan benua Asia Sukan Olimpik 2012.
Kesimpulan itu dinyatakan jurulatih, Samir Saad yang didakwa menjadi penyumbang kepada kekalahan anak buahnya walaupun mendapat banyak peluang menjaringkan gol seawal minit pertama lagi.
“Kami mempunyai lebih banyak peluang berbanding Malaysia namun gagal menyempurnakannya. Malaysia sebaliknya menyempurnakan dengan baik peluang yang dicipta,” katanya.
Tambahnya situasi memang tertekan kepada anak buahnya apabila pasukan tuan rumah meledak dua gol sebelum jaringan tunggal mereka, Chadi Atie pada babak kedua.
“Kehadiran ribuan penonton tempatan juga banyak membantu pemain Malaysia bangkit melawan sepanjang perlawanan sekali gus menyukarkan kami mencari gol penyamaan,” katanya.
Samir berkata, pemainnya turut bermotivasi dengan kehadiran penonton tempatan dan tidak tertekan kerana sudah lama tidak beraksi di depan ramai penonton.
No comments:
Post a Comment