Wednesday, June 29, 2011

Sharbinee tidak rela bolos

Mohd Sharbinee Allawee
Mungkin galas tugas pertahan benteng ganti penjaga gol utama 

ANDAI kata diberi kepercayaan ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal, penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Allawee bertekad melakukan yang terbaik memastikan kubu terakhir pasukan tidak dibolosi Taiwan dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Dia yang mungkin diturunkan menggantikan penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat yang tercedera bahu kanan ketika membantu skuad Olimpik bertemu Lubnan, Khamis lalu itu, berjanji akan mengerah sepenuh keringat membantu pasukan negara melepasi halangan pertama sebelum bertandang ke laman lawan Ahad ini.
“Jika diturunkan dan diberi peluang, saya akan memberi 110 peratus membantu pasukan mengharungi perlawanan esok (malam ini) dan bagi saya biar apa pun berlaku saya dan rakan-rakan harus bersedia,” katanya yang ditemui selepas sesi latihan di Stadium Nasional, semalam. 

Apapun baginya, kelebihan bermain di laman sendiri diharap dapat membuahkan hasil buat pasukan dan kehadiran penyokong juga amat diperlukan bagi membakar semangat skuad negara mengatasi Taiwan. 

“Dengan kehadiran penyokong tempatan, kami berharap ia akan memberi semangat buat pasukan mencipta kemenangan dan bagi kami sokongan padu peminat sangat penting,” kata penjaga gol Terengganu itu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...